Saturday, March 24, 2012

CONTEST GAMBAR CANDID (=

SAYA MUHAMMAD AMIR JOE MENYERTAI CONTEST INI (:
Dan aku juga menyerta beberapa gambar candid : 
CANDID 1 :
CANDID 2 :

CANDID 3 :
CANDID 4 :
CANDID  5 :
http://areedamier.blogspot.com/2012/03/contest-gambar-suddenly.html

Wednesday, February 29, 2012

29 februari - Tahun Lompat 4 tahun sekali

Korang tahu tak kenapa tahun ni, ada 29 februari??
Kenapa dia terjadi 4 tahun sekali?
Nak tahu?? Jom la baca sini..


Tahun 2012, tahun lompat dimana pada tahun ni ada 366 hari.
Satu hari yang lebih tu akan selarikan kalendar kita dengan masa sebenar bumi beredar mengorbit matahari. Anggarannya, bumi beredar mengelilingi matahari 
selama 365.242199 hari atau 365 hari, 5 jam, 48 minit, 46 saat. 
Jika satu hari pada 29Feb tu tak ditambah setiap empat tahun sekali, maka kita akan kehilangan masa hampir 6 jam setiap tahun. 
Dalam masa 100 tahun, kalendar yang kita pakai tu akan lari lebih kurang sebanyak 24 hari. 
Rugi la macam tu kan. Ini mengikut Gregorian calendar ataupun kalendar moden yang kita guna pakai sekarang ni.

kalendar Islam (Hijri calendar)
Berlainan dengan Gregorian calendar yang dihitung mengikut math method berdasarkan matahari, kalendar Islam dihitung mengikut fasa perubahan bulan(moon). 
Setiap bulan akan ada 29 hari. 
Manakala dalam kalendar islam, dalam setiap kitaran 30 tahun akan ada 11 kali tahun lompat.
Dalam tahun lompat, satu hari extra akan ditambah pada bulan terakhir Islam iaitu pada bulan Dzul-Hijjah menjadikannya 30 days instead of 29 days. In every 30 year cycle, the 2nd , 5th , 8th , 10th , 13th , 16th , 19th , 21st , 24th , 27th and 29th year is always a leap year.
Begitu lah cara nya kita mensejajarkan kalendar dengan peredaran bumi.

P/S: Ada tak kat sini yang lahir pada 29 feb (tahun lompat)??

Saturday, January 7, 2012

AGAIN N AGAIN

Aku Senyum
Aku Sangkakan Ianya Berita Gembira
Tapi, ya... apalah Daya
Ianya Sebuah Duka

Aku Cuba Sembunyikan Perasaanku


Sekali Lagi
Ya, Sekali Lagi Rasa Jahat itu Hadir
Mungkin Saban Tahun aku perlu Menerima Rasa Jahat itu


Aku Perlukan Sesuatu Ruang yang aku Kejar
Tapi Mereka, Mereka dan Mereka Tidak memberikan aku Ruang itu
Mungkin Saja Tuhan Tidak Mahu Memberikan Ruang itu
Ya Karna Rezeki itu Sudah Dia Tentukan


Lantas aku Mulai Murung Namun Cuba ku Sembunyikan Dari Ibu dan Ayah
Hatiku Malah Sebak Terus Menerus Tanpa Rasa Ingin Tenang
Aku Menangis Sendirian Dalam Hati yang Dalam


Kamu, Kamu dan Kamu Tidak Malah Faham
Malah Tidak Siapapun yang Bisa Faham
Itu Yang aku Mahukan dan Bukan Ini yang Aku Perlukan
Kamu Tidak Mengerti apa yang aku Dambakan


Hari demi Hari aku Cuba Bertahan
Kini aku Mulai Sadar Hidup Tidak Seindah yang aku Sangkakan
Biarkan aku Sendirian Melayani Perasaan

Miss Capital F

Ya Allah comel je Capital F -.-' ,






ingat an nak tegur dia , tapi dia asyik menghilang je >< ,




lagipun susah gila nak jmpe dia -.-'

Tuesday, December 20, 2011

UTUSAN

Yaw , Semalam aku ada baca surat khabar utusan , Ternampak yang mcam nie . cer korang baca perbualan antara mamak warung dengan pakwe makwe yang singgah dekat warung tu ^_^
P/s-Ni buad siapa tengok cerita Ombak Rindu :p . Peace siapa yang terasa :p ♥

Pakwe-Nilah yang saya malas ajak awak tengok wayang nie ... sikit sikit nak nangis!
Makwe-Isyy..Isyy.. Sob.. Sob..
*Mamak Warung bertanya pada pakwe makwe yang singgah-Apa fasal ni macha , banyak sedih jugak?
Pakwe-Ni penanggan Ombak Rindu lah ni! Awek aku ni sensitif sikit tengok cerita sedih macam tu!
Mamak Warung-Kalu ada dengar kisah sedih fasal Nabi, U ada nangis ini macam jugak ka?
Pakwe-Hahh! Dengar tu
Makwe-*terus berhenti nangis*

Haha , Harap korang Enjoy membaca , Hehe ! Peace !

Monday, December 19, 2011

BROKEN ENGLISH !


Seorang pemandu yang berbosskan orang putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya… .:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn’t you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)
     
Sumber FB

Malaikat Maut Menziarahi Manusia Setiap 21 Minit

Bismillahirrahmanirrahim


Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.




Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.




1 hari=24 jam= 1440 minit




1440 minit/70=20.571 minit




INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!




Kawan-kawanku, kesimpulannya, sentiasalah ingat MATI..ajal boleh datang bila-bila masa….walau di mana pun kita berada, ingatlah MATI…kerana Muslim yang Cemerlang dan Berjaya sentiasa ingatkan MATI…




Sentiasalah merenungi hari kematianmu kelak