Wednesday, January 26, 2011

Friday, January 14, 2011

sorotan coretan

selepas mengharungi 365hari.
pelbagai ujian serta peperiksaan yang ALLAH beri. ternyata banyak ujian yang saya gagal tetapi saya belajar untuk tidak lagi gagal kali kedua. melainkan ALLAH berikan sesuatu yang lebih sukar dari sebelum nya. tetapi saya tahu ALLAH akan berikan ujian setakat mencapai limitasi kemampuan umatnya. formula nya senang sebenarnya tetapi saya selalu terlupa. sembahyang lah naz, sebelum kamu di sembahyangkan. ini serba serbi cerita 2010 lelaki sulit naz.

bulan januari.

manis cinta pertama bersama maharani.
itu bukan jaminan untuk saya memilikki dia. dan hey lelaki sulit kau juga tidak layak memilikki dia sebenarnya. ya saya tidak pernah menafikan kekurangan diri bagai maharaja turun dari takhta. alasan maharani kukuh kerana saya tidak suka mcd dari kfc. agak agak lah kan? alasan maharani adalah kerana halangan yang datang dari keluarga. dan penerimaan saya butuh akur sebagai jaminan dia ke syurga. kalau dia kahwin dengan saya pun jaminan nya syurga. syurga isteri bawah tapak kaki suami namun kan lebih indah jika syurga di bawah tapak kaki ibu. saya sudah cuba merayu. ego dan macho saya tolak ke tepi hingga layu. namun ia lansung tidak dapat membaiki keadaan yang terus sayu. perjalanan hidup saya pada 2010 bermula dengan takdir yang menguji zahir.

bulan febuari hingga april.

sepanjang tempoh yang berlalu.
secara zahir nya hari yang pergi seperti pembaziran masa yang sangat sangat rugi. saya tidak menjadi diri sendiri kerana lebih kepada menjadi brad pitt. tetapi brad pitt lepas putus cinta terus kahwin angelina jolie. saya pula mandi tetap basah sebab mimpi pun basah. oppss. tidur tetap lena walau kurang jam tidur. makan tetap kenyang kalau kfc dinner plate. kalian boleh berkata bunga bukan sekuntum. tetapi haruman nya mungkin berbeza. 3 bulan ini saya menyambut ulang bulan sendiri. lelaki sulit memang tak tahu malu punya budak syok sendiri. cinta yang dahulu berpegang tangan hanya tinggal bertepuk sebelah tangan. bila tak bunyi saya tepuk lah pipi saya sampai bunyi. wahai lelaki sulit terima lah kenyataan. saya tahu adalah berdosa jika tidak menerima qada qadar dan ketentuan. tetapi ini cara saya sayang seseorang dan memberi penghargaan. terpulang pada ALLAH menilai keikhlasan.

bulan mei hingga jun.

mahu di katakan mat rempit?
oh saya tidak pernah berlumba jika tempat sempit. tetapi jika itu lah takdir saya harus menerima nya. 20mei2010 jam10.45malam berlaku nya kecelakaan jalan raya atau kecelakaan manusia telah menyebabkan saya kemalangan dan patah pergelangan tangan kanan. nasib baik tak mandul. dua bulan ini saya di rehatkan oleh doktor dari berkerja. dan dalam tempoh berada di hospital mata saya tidak hanya pada jururawat yang merawat kegatalan saya. tetapi saya juga banyak belajar tentang usia yang tidak harus tersia. saya lihat orang orang tua bersama anak cucu cicit mereka masih bersama untuk mereka terus bersemangat meneruskan hidup.
dan saya melihat cantik nya anak anak dara mereka. awww kenapa tidak saya yang masih muda ini? saya masih teruna. saya masih ada 4 kuota. saya masih punya keluarga. saya masih ada ahli syurga.

bulan julai hingga oktober.

kehidupan kembali pada landasan.
namun kenangan mana boleh buang kan? saya seperti telah menghalalkan segala yang berlaku. mungkin mudah untuk berkata mungkin mudah untuk menaip tetapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu. namun saya mudahkan kalian tahu apa yang hati saya mahu. lisa surihani adalah matlamat saya sekarang. tetapi saya kena capai tahap lagenda budak setan dahulu baru boleh cairkan lisa. ok saya nak jadi setan menggatal sekarang. ada sesiapa mahu menggaru? jommmm! dan hey maharani semoga bahagia dengan jodoh yang mama tentukan atau yang kamu mahukan.

bulan november hingga disember.

gadis sulit naz.
saya cuma akan publisitikan apabila dia bertukar kepada status wanita sulit naz. itu bermakna kahwin dahulu baru boleh cerita kisah luar kelambu. dalam kelambu pun kalian nak tahu? mula mula saya buka baju lepas tu dia punnn.... agak agak lah kan itu pun kalian nak tahu. hai anak anak dara yang lain anda masih berpeluang kerana ada tiga tempat kosong lagi yaw. pada janda janda pastikan berhias yang sahaja. takut kasih sayang pada anak terdahulu tak serupa dengan anak sendiri. eh eh kemain serius pula awak naz. harap ALLAH permudahkan perjalanan hamba nya ini pada masa mendatang.

Tuesday, January 4, 2011

Keburukan orang meninggalkan solat !!!

* Segala amalan yg dikerjakan tidak diterima Allah swt.
* Tiada keberkatan hidup.
* Tiada ketenangan dalam dirinya.
* Sentiasa bergelumang dengan dosa.
* Rezeki yg diperolehi tidak berkat.
* Allah swt tarik keberkatan umurnya.
* Apa saja nikmat yg digunakan seperti pakaian, kenderaan dan sebagainya melaknatnya.
* Akan mati dalam keadaan hina jika tiadak bertaubat.
* Akan mendapat seksa yang amat pedih diakhirat nanti.
* Beza orang islam dengan orang kafir ialah solat, barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kufir.
* Segala makhluk yang ada dimuka bumi melaknatnya.
* Rezekinya disempitkan.
* Akan mendapat seksa kubur.
* Sentiasa resah gelisah.
* Hati kotor.
* Bersahabat dengan syaitan.
* Menjadi hamba kepada nafsu.
* Dicabut berkat umurnya.
* Tanda orang soleh di hapuskan dari wajahnya.
* Doanya tidak dimakbulkan.
* Tidak mendapat bahagian dari doa orang2 soleh.
* Mati dalam kelaparan.
* Mati dalam keadaan haus. Diberitakan bahawa kalaulah dituangkan semua air yang berada didunia ini kedalam mulutnya maka tidaklah akan hilang hausnya itu.
* Disempitkan kuburnya sehingga beradu antara tulang rusuk kiri dengan yang kanan.
* Dinyalakan api neraka di dalam kuburnya siang dan malam.
* Akan datang kepadanya Ular yang bernama 'Syuja ula-krok' memagut dan mengigitnya hingga hari kiamat.
* Diberatkan akan hisabnya yang memakan masa yang lama sekali.
* Allah sangat murka kepadanya dan Allah tidak mahu melihatnya apabila dibangunkan dari kubur di akhirat nanti.
* Dimasukkan kedalam neraka.

Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur’an

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut
 
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
                                                                                    
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
                                                                                 
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk

Makan buka Punca gemuk

HAIRAN betul tengok Laila. Dia makan banyak tapi badannya kecil dan langsing. ''Kadang-kadang tengok dia makan tak berhenti. Mulutnya asyik mengunyah namun berat badannya tak pernah berganjak,'' kata Naemah kepada saya.
Naemah berasa hairan kerana setelah tiga bulan mengamalkan diet yang ketat dia masih belum mampu menurunkan berat badannya. Sedangkan sahabatnya Laila yang makan banyak tidak pula menjadi gemuk.
Jelaslah bagi kita bahawa faktor makan bukannya sebab yang tepat mengapa seseorang menjadi gemuk. Seseorang menjadi gemuk disebabkan tubuhnya tidak mampu menukar makanan kepada tenaga untuk digunakan. Sebaliknya makanan disimpan menjadi lemak. Orang yang mengalami masalah ini tentu akan berasa letih dan kekurangan tenaga.
Apabila dia makan lebih banyak untuk meningkatkan tenaganya, makanan tersebut terus menjadi lemak pada badan dan dia akan bertambah gemuk.
Adakah berat badan satu masalah bagi anda? Adakah anda sedang mencari-cari panduan yang berkesan untuk menurunkan berat badan? Adakah anda sering mencuba untuk kurus tetapi gagal? Adakah anda berasa kecewa apabila doktor dan para pakar tidak mampu membantu anda menurunkan berat badan?
Sebenarnya anda tidak bersendirian dalam menghadapi masalah ini.
Ramai yang bermasalah dan mencari-cari jalan jalan keluar masalah berat badan. Kerana itulah wujudnya pelbagai perniagaan pelangsingan yang rata rata mengambil peluang ke atas anda. Apabila anda mengunjungi pusat-pusat sebegini dan gagal mereka mempersalahkan anda semata mata. Anda akan dituduh makan banyak dan tidak berdisiplin, atau mereka sekali lagi cuba mengosongkan kocek anda dengan menawarkan sesuatu program yang lebih mahal.
Hakikatnya, anda tidak perlu berbelanja mahal untuk kurus. Anda hanya memerlukan pengetahuan yang baik mengenai jenis makanan yang mampu meningkatkan kadar metabolik dan senaman yang berkesan untuk mencapai berat badan idaman anda.
Bila enzim dan hormon pembakar lemak tidak ada dalam badan kita, sudah tentu badan tidak mampu membakar lemak. Akibatnya berat badan tidak berganjak meskipun berpuasa dan berdiet dengan bersungguh-sungguh. Jadi diet dan kaedah meningkatkan enzim dan hormon badan perlulah seiring.
Perubahan dalam hidup anda
Anda adalah apa yang anda makan. Makan adalah satu daripada nikmat anugerah Tuhan dalam hidup kita. Makanan yang sedap mengghairahkan selera sehingga apabila kenyang kita masih mahu makan. Oleh kerana makanan kita mengandungi banyak lemak dan gula, kita berhadapan dengan masalah pengambilan lebihan gula dan lemak. Kesilapan memilih makanan menjadikan ramai rakyat Malaysia menjadi gemuk. Keadaan ini disebut sebagai klinikal obesiti.
Di negara kita terdapat beraneka jenis makanan hasil integrasi budaya antara penduduk berbilang bangsa. Tidak kurang juga makanan segera dari negara luar. Hampir semua jenis makanan menggoda selera makan kita.
Lebihan berat badan dan obesiti
Mengikut istilah ada perbezaan di antara overweight dan obesiti. Overweight adalah lebihan berat badan daripada yang sepatutnya dari segi saiz kerangka badan.
Misalnya seorang ahli bina badan atau ahli sukan tertentu mungkin mempunyai berat badan yang lebih. Ini kerana kelebihan pada otot berat tulang badan dan kandungan air berbanding orang biasa namun dia tidak mengalami obesiti. Jadi yang dimaksudkan dengan obesiti ialah kelebihan lemak badan.
Jelaslah bagi kita bahawa menimbang berat sahaja bukan satu ukuran yang tepat bagi mengukur tahap obesiti.
Cara yang tepat adalah mengukur ketebalan lemak. Anda boleh mengambil ukur lilit lengan paha dan perut sebelum memulakan program melangsingkan badan. Jadikan ukuran sebagai rujukan anda menentukan keberkesanan program
BMI yang sering di jadikan rujukan ukuran berat adalah tidak tepat dijadikan takat rujukan kerana ia mengambil kira keseluruhan berat kita (berat tulang, otot dan lemak) tanpa mengambil kira amaun lemak dalam badan.
Jadi, apabila anda bersedia untuk memulakan program menurunkan berat badan anda perlu mengambil ukuran ukur lilit pinggang, lengan, dada, leher. Ini lebih tepat berbanding berat semata mata.
Persediaan mental untuk kurus
1) Sudahkah anda memikir dengan teliti mengapa anda mahu mengurang berat badan? Keazaman dan kekuatan minda sangat perlu kerana tanpa keazaman yang kukuh anda tidak mungkin mampu menghadapi cabaran yang hebat sewaktu menjalani proses menurunkan berat badan.
2) Adakah anda ingin mengurangkan berat badan untuk diri sendiri atau untuk orang lain? Mereka yang mahu kurus atas desakan naluri sendiri lebih berjaya pada amnya.
3) Adakah anda bersedia untuk memberi tumpuan dan kesungguhan menukar tabiat, jenis makanan dan aktiviti anda bagi menjayakan rancangan pengurangan berat badan?
Jawapan ya kepada soalan-soalan di atas memberi erti anda bersedia untuk memasuki era baru dalam hidup anda. Semestinya hadiah yang menunggu anda sangat besar ertinya dalam kehidupan anda dan keluarga.
Makanan yang perlu dalam diet
Banyak kalori boleh dikurangkan dengan mengelak makanan berlemak dan bergula. Kalau membeli makanan pilihlah makanan yang labelnya menunjukkan kandungan kalori atau kandungan gula yang rendah. Makan daging merah, daging ayam dan ikan. Makan makanan yang kandungan gula sedikit. Perlu diingat jus buahan juga mengandungi gula yang tinggi. Minuman beralkohol mengandungi kalori yang tinggi.
Makanan yang berkanji dan jenis tenusu patut ada dalam diet harian kerana ia membantu badan kita mendapat zat dan vitamin untuk keperluan kesihatan. Kita juga perlu mengambil bahan dan bijirin sayuran tiap-tiap hari. Dadih, susu kurang lemak, keju dan apa-apa makanan yang mengandungi susu rendah lemak. Kaum wanita perlu mengambil kalsium untuk mengelak reput tulang.
Kaunseling pil diet
Pil diet boleh menyebabkan tekanan darah meningkat ke paras bahaya. Janganlah sekali-kali ambil pil diet tanpa preskripsi doktor kerana tidak berbaloi untuk mendedahkan diri kepada bahaya semata-mata kerana ingin badan yang cantik.
Saya tidak bersetuju dengan pil diet kerana ia hanya boleh menurunkan berat badan buat sementara sahaja. Jika kita tidak berubah sikap dan aktiviti kita, kita akan tetap berhadapan dengan permasalahan sebegini. Pengambilan pil diet tidak harus jadi amalan secara rutin kerana kesan sampingan yang tidak baik.
Jalan utama mengurangkan berat badan adalah mengurangkan pengambilan kalori dan mengambil hanya makanan yang mempunyai glycemic indeks rendah serta bersenam.
Inilah jalan utama untuk membakar kalori dalam badan. Ia cara yang penting untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang dikehendaki.
Senaman dapat menghalang berbagai penyakit dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Tidak menjadi hal untuk kita memilih apa sahaja senaman asalkan ia dapat membakar kalori dalam badan kita. Untuk menjadikannya berkesan, senaman hendaklah diikuti dengan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Sekurang-kurangnya sehari kita perlu membuat senaman selama 30 minit. Kita perlu tukar gaya hidup pasif kepada gaya hidup aktif. Bila ada peluang untuk berjalan kaki kita berjalan. Bila ada peluang untuk naik tangga kita naik dengan kaki bukan dengan lif atau eskalator.
Kaunseling dalam pemilihan diet selalunya diadakan untuk mengurangkan berat badan. Terdapat dua jenis terapi diet iaitu diet berkalori rendah (800-1500 kalori) harian dan diet yang kalori sangat rendah bawah daripada 800 kalori dengan mengguna cecair protein.
Hentikan memakan makanan yang kaya dengan karbohidrat, pada peringkat permulaan anda akan berasa lapar, cuba alihkan perhatian anda dengan aktiviti yang menyibukkan. Ambil hanya makanan berprotein seperti telur ikan dan berfiber seperti sayur dan buah. Selepas seminggu tubuh anda akan segar dan kembali bertenaga dan lemak akan mula pecah.

Pintu ke Alam selepas mati ditemui di Mesir

GAMBAR menunjukkan pintu granit merah Mesir yang dianggap pintu ke alam selepas mati.




KAHERAH, Mesir - Sebuah pintu granit merah yang besar daripada makam purba penasihat ratu telah dijumpai di Luxor, Mesir, kata Menteri Kebudayaan Mesir, Faruk Hosni semalam.

Pintu batu berukir yang dipercayai oleh penduduk Mesir purba sebagai gerbang kepada kehidupan selepas mati itu digali berhampiran Kuil Karnak di Luxor dan milik makam User. User ialah penasihat Ratu Hatshepsut.
Ratu itu yang memerintah Mesir antara tahun 1479 hingga 1458 Sebelum Masihi merupakan Firaun wanita yang paling lama menguasai takhta.
Pintu setinggi 17.5 meter dan setebal 19 inci itu diukir dengan teks-teks keagamaan dan mempunyai pelbagai pangkat yang dimiliki User seperti datuk bandar, wazir dan putera. - AFP